Rabu, 28 November 2012

PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan tematik adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu topik yang dipilih bersesuaian dengan kehidupan murid, masa, tempat dan minat murid. Pemilihan tema dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah : Berasaskan cadangan murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa Merentas atau berkaitan dengan komponen, Meluaskan pengetahuan dan kemahiran murid serta pengukuhan kesepaduan dan Mempunyai pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

AKTIVITI BAHASA MELAYU

1.Meneka dan membezakan bunyi yang diperdengarkan.
2.Memejamkan mata dan menyatakan bunyi yang didengar.
3.Menyatakan bunyi yang didengar dari persekitaran. 
4.Berbual tentang kenderaan 
5.Memadankan gambar dengan lakaran. 
6.Permainan memadankan gambar dengan perkataan –suai pasang. 
7.Mengumpul dan menampal objek atau label dalam buku skrap dan bercerita tentangnya. 
8.Melukis gambar dan bercerita tentang gambar yang dilukis . 
9.Menyanyi sambil mencari perkataan dalam senikata lagu.  
10.Menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif bila perkataan tertentu disebut. 
11.Gunakan kad imbasan dan diminta mencantumkan kad perkataan. 
12.Membaca ayat yang dicantumkan. 
13.Membaca kad bacaaan dengan intonasi yang sesuai mengikut tanda bacaan. 
14.Bercerita daripada bahan yang telah dibaca sambil memberi gerakbalas kepada jalan cerita. 15.Melakarkan corak,garisan,gambar,menggunakan alat tulis. 
16.Menulis perkataan atau rangkaikata yang bermakna.

Ahad, 11 November 2012

Jumaat, 5 Oktober 2012

Sabtu, 29 September 2012

TUGASAN UPSI



Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.

Jumaat, 28 September 2012

AKTIVITI DURRANI

Aktiviti bersama durraniku...

DURRANI (PERMATA)

Bermulalah sejarah Durrani(permataku) di tubuhkan pada tahun 2008...permata yang sangat berharga yang dapat membangunkan negara pada masa hadapan...inilah tunggak negara....