RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 

Komponen: Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu), Kreativiti dan Estetika,
Kelas: Prasekolah Durrani
Tarikh: 20 Oktober 2012
Masa: 9.30 –10.30 pagi
Bilangan Pelajar: 25 orang
Tema: Kenderaan
Sub tema: Kenderaan di darat
Kemahiran:
BM 1.1.13 Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan,permintaan,cerita dan lagu.
2.1 Menghasilkan lukisan dan kraftangan 
BM 3.5.8 Membatangkan sukukata tertutup dan sukukata terbuka

Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah melihat dan menaiki kenderaan dalam perjalanan ke sekolah
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Menggelaskan kenderaan mengikut jenis kenderaan yang disediakan mengikut kumpulan
2. Menyusun jigsaw puzzle mengikut kumpulan masing-masing
3. Menyebut jenis-jenis kenderaan
Kemahiran Berfikir(KB): menjana idea, banding beza
Penerapan Nilai: bekerjasama, cermat, mengikut giliran
Bahan Bantu Mengajar (BBM): Model kenderaan,gambar kenderaan,jigsaw puzle

LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN (BBM,Kesepaduan, KB, Nilai dll.) 
Set Induksi (5 minit) 
Contoh soalan:
1. Apakah kenderaan yang paling ada didalam kotak misteri?
2. Adakah ayah kamu mempunyai kereta dirumah?
1. Guru menunjukkan murid kotak misteri.
2. Murid meneka kenderaan yang ada didalam kotak misteri tersebut
BBM: Model kenderaan

Langkah 1 (10 Minit) 
Membuat buku skrap - Memadan nama-nama kenderaan mengikut gambar seperti kereta, bas, basikal, motosikal dll mengeja dan membaca nama kenderaan
1. Guru menerangkan murid-murid jenis kenderaan
2. Murid diminta meneka jenis kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru menyediakan gambar kenderaan, murid menampal gambar kenderaan berpandukan mengikut jenis-jenisnya iaitu kenderaan didarat,kenderaan dilaut dan kenderaan diudara.
4. Murid mengeja dan membaca nama kenderaan
BBM: Gambar kenderaan
Kesepaduan: P. Fizikal, P.Kognitif, P. Sosio-emosi
KB: menjana idea membanding beza

Langkah 2 (10 Minit)   
Kretiviti dan Estetika
Menyusun jigsaw Puzzle Kereta ,Basikal ,feri ,Kapal Layar ,Kapal terbang
1. Murid duduk mengikut kumpulan
2. Guru menerangkan, mereka akan bekerjasama menyusun Jigsaw Puzzle gambar kenderaan
3. Murid bekerjasama dalam kumpulan menyusun jigsaw puzzle
BBM: Jigsaw Puzzle
Kesepaduan: P. Fizikal, P.Kognitif, P. Sosio-emosi
KB: menjana idea

 Penutup (5 Minit)  
-Mempamerkan hasil jigsaw puzzle kumpulan masing-masing.
-Menyanyi lagu
1. Murid menunjukkan guru hasil kerja kumpulan masing-masing.
2. Guru menilai hasil kerja kumpulan
3. Guru meminta murid menyebut semula jenis-jenis kenderaan yang dipelajari sebentar tadi.
4. Guru dan murid menyanyi lagu “kereta kecil bapa warna merah”
BBM: Model kereta
Kesepaduan: P.Kognitif, P. Sosio-emosi


Catatan Refleksi:Murid dapat menguasai isipelajaran yang disampaikan dan murid berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan